Antarabangsa Bola Sepak

Bilbao sambar tiket separuh akhir


ATHLETIC Bilbao menjadi pasukan terakhir yang memastikan tiket ke separuh akhir Copa del Rey musim ini setelah mengalahkan Real Betis menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada perlawanan yang berlangsung di Estadio Benito Villamarin, awal pagi tadi, kedua-dua pasukan bermain sama hebat dan terikat 1-1 pada waktu sebenar permainan.

Betis memecah kebuntuan di minit ke-84 ketika pemain gantian, Juanmi licik memperdayakan penjaga gawang Unai Simon.

Menurut catatan Opta, Betis adalah pasukan La Liga dengan gol paling banyak yang dihasilkan oleh pemain dari bangku simpanan dalam semua pertandingan musim ini.

Meskipun begitu, Bilbao tak putus harapan dan menyamakan jaringan ketika permainan menunjukkan minit ke-94.

Raul Garcia menjadi penyelamat dan mengheret perlawanan berlanjutan ke masa tambahan dan tuah milik Bilbao apabila Garcia, Inaki WIlliams, Jon Morcillo dan Yuri Berchiche melaksanakan tugasan diberikan.

Untuk rekod, ini kali kedua Bilbao mara ke separuh akhir dalam dua musim berturut-turut. Kali terakhir mereka melakukannya adalah pada musim 1983/84 dan 1986/87.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: