Bola Sepak Semasa Terkini

Melaka United buru Nikolic


MUFC kini mengalihkan tumpuan memburu penyerang kelab Krupa, Stefan Nikolic bagi memperkuatkan pasukan.

 

SUBKHI SUDARJI

IMPIAN Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) membawa masuk bekas penyerang importnya kelahiran Croatia, Marko Simic dan penyerang prolifik Persija Jakarta, Ivan Lendric tidak kesampaian apabila gagal mencapai persetujuan.

Enggan berduka dengan kekecewaan tersebut, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan kini memburu penyerang kelab Krupa, Stefan Nikolic yang beraksi dalam saingan Liga Bosnia.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata kepada CAKAPSUKAN, tawaran untuk mendapatkan penyerang berusia 30 tahun ini yang merupakan bekas pemain skuad kebangsaan Montenegro Bawah 19 dan 21 ini telah dibuat semalam.

“Selepas gagal mendapatkan tandatangan Simic dan Lendric disebabkan keengganan majikan melepaskannya, MUFC meneruskan buruan mendapatkan penyerang import bagi melengkapkan pasukan.

“Tawaran telah dikemukakan dan jawapan akan diketahui dalam tempoh dua hari lagi. Perbincangan berjalan lancar dan kini hanya menunggu kata putus dari Nikolic dan majikannya,” jelasnya.

Untuk rekod,  Melaka United sudah mempunyai dua pemain import musim lalu yang dilanjutkan kontraknya iaitu Sony Norde dan pemain pertahanan skuad kebangsaan Korea Selatan, Jang Suk-won serta import baharu dari Brazil, Alex Goncalves dari Brazil.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: