Antarabangsa Bola Sepak

Penalti Jorginho teruskan rentak cemerlang Chelsea


Jorginho sumbat jaringan tunggal untuk The Blues.

CHELSEA meneruskan rentak terbaik bersama Thomas Tuchel dengan meraih kemenangan 1-0 di kubu Tottenham Hotspur, awal pagi ini.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu, Chelsea harus berterima kasih kepada pemain tengah, Jorginho yang menghasilkan gol menerusi penalti.

Sebelum pertandingan ini bermula, Spurs memiliki rekod buruk dengan kalah dua kali dari tiga perlawanan di halaman sendiri, menang sekali.

Turun tanpa penyerang handalan, Harry Kane yang disahkan mengalami cedera di kedua kakinya, Spurs memilih untuk meletakkan Carlos Vinicius di barisan serangan.

Dia dibantu Son Heung-Min di bahagian kiri, Steven Bergwijn di kanan dan Tanguy Ndombele di tengah.

Chelsea mendapatkan gol yang berpunca daripada Timo Werner selepas dikasari Eric Dier.

Pengadil, Andre Marriner serta-merta menghadiahkan penalti dan disudahi begitu baik Jorginho yang menjadi gol pemisah kedua-dua pasukan.

Tuchel menjadi pengurus pertama Chelsea yang mencatat clean sheet masing-masing dari tiga perlawanan utamanya sejak Jose Mourinho melakukannya pada Ogos 2004.

The Blues kini berada di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris dan mengutip 36 mata.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: