
BEKAS pengurus Chelsea dan Juventus, Maurizio Sarri, menolak tawaran sebagai jurulatih baru kelab Ligue 1 Perancis, Marseille.
Marseille memecat Andre Villas-Boas sebagai jurulatih pada Selasa lalu.
Seperti dilapor dari Sky Italia, Sarri menolak tawaran sebagai pengganti Villas-Boas di Marseille.
Dalam laporan yang sama, Sarri hanya ingin kembali memimpin kelab pada awal musim depan.
Pelatih berusia 62 tahun itu belum lagi melatih mana-mana kelab sejak dipecat Juventus akhir musim lalu.
Selain Sarri, Marseille juga dikaitkan dengan bekas pengurus Borussia Dortmund, Lucien Favre. Dua nama lainnya iaitu, bos Monaco, Leonardo Jardim, dan bekas pengendali Barcelona, Ernesto Valverde.
Add Comment