Antarabangsa Gaya Hidup Semasa Terkini

NICOL KEMBALI ….???

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

DINOBATKAN sebagai ‘World Games Greatest Athletes Of All Time’ empat hari lalu merupakan pengiktirafan cukup sempurna buat diva skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.

Nicol, 37, tidak perlu lagi pengenalan dalam kalangan masyarakat Malaysia selepas banyak membantu mengharumkan nama negara menerusi sukan skuasy.

Anak jati Pulau Pinang ini menjadi pemain skuasy profesional daripada Malaysia dan juga Asia telah berjaya menduduki ranking No. 1 dunia dalam sukan skuasy wanita di mana beliau menjadi pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia iaitu selama sembilan tahun.

Namun selepas bergelumang di dalam arena selama 27 tahun, Nicol akhirnya membuat keputusan untuk bersara daripada sukan skuasy pada Februari 2019.

Namun persoalan timbul dalam pengikut sukan skuasy sama ada legenda negara itu mahu meneruskan kariernya dalam sukan skuasy sebagai jurulatih.

Ikuti tembual wakil CAKAPSUKAN, MOHD FARIQ bersama Nicol yang kini berada di Colombia tentang perancangan beliau dalam tempoh akan datang.

CAKAPSUKAN: Pertama saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Nicol yang sudi meluangkan masa untuk sesi temuramah ini.

NICOL: Sama-sama dan ia menjadi satu penghargaan buat saya.

 

CAKAPSUKAN: Apakah perancangan anda dalam tempoh dua tahun akan datang? Adakah anda akan kembali membimbing skuad skuasy negara sebagai jurulatih atau sebagainya?

NICOL: Rancangan saya yang pertama adalah untuk mendapatkan fasa seterusnya berkenaan pendaftaran Yayasan saya sebelum saya pulang ke Malaysia bulan depan. (Selepas setahun di Columbia sejak Convid 19)

Saya telah bekerjasama dengan pasukan saya untuk menyelesaikan sesuatu sebelum ini. Asasnya adalah untuk memperkasakan kanak-kanak perempuan dan lelaki melalui nilai-nilai sukan dengan menggunakan sukan skuasy dan berharap dapat memberikan inspirasi kepada lebih banyak kanak-kanak di Malaysia.

Terdapat beberapa projek yang dibentangkan serta perbincangan motivasi yang berlaku dalam misi memastikan pendidikan kepada wanita, beliau dan sukan.

Apa yang pasti, dua tahun akan datang akan menjadi lebih menarik disusuli tahun-tahun selepas itu.

CAKAPSUKAN: Apakah kepuasan paling utama sepanjang karier anda dalam sukan skuasy?

NICOL: Mungkin saya boleh katakan sekarang selepas saya bersara bahawa saya menyedari bahawa kepuasan peringkat tinggi buat diri saya adalah kekal sebagai pemain No. 1 dunia secara konsisten dan berjaya mengelakkan masalah kecederaan besar sepanjang karier saya.

CAKAPSUKAN: Jika kamu diberikan pilihan untuk memilih kereta paling mahal di dunia, apakah kereta itu?

NICOL: Sejujurnya saya tidak fikir sangat berkenaan kereta tetapi saya memilih Mercedes-Benz mungkin kereta yang saya pilih.

CAKAPSUKAN: Siapakah individu yang anda ingin temui di dalam dunia ini?

NICOL: Teruk tak jika saya katakan tiada orang dalam fikiran saya? (Sambil ketawa Hahaha)

Kucing peliharaan Nicol yang diberi nama Viena sentiasa menemaninya ketika berada dirumah.

 

CAKAPSUKAN: Apakah aktiviti kamu lakukan pada masa lapang selain bermain dengan kucing peliharaan kamu?

NICOL: Saya suka bersenam dan gemar menikmati bertih jagung (Pop Corn) sambil menikmati filem menerusi platform, Netflix.

CAKAPSUKAN: Apakah nasihat anda kepada kesemua atlet sukan negara selain skuasy?

NICOL: Atlet Malaysia memiliki potensi dan bakat cukup besar untuk menonjol di pentas antarabangsa dalam bidang sukan masing-masing.

Sentiasa percayakan kebolehan diri dan sentiasa bersemangat untuk mencabar potensi diri serta berjuang demi matlamat asal mereka.

LEGEND WILL BE BACK… ?

IT WAS the perfect and well-deserved recognition when Datuk Nicol David was crowned ‘World Games Greatest Athletes Of All Time’.

Nicol, 37, needs no introduction among the Malaysian sports community. Her sojourn in the world squash arena was well-followed and recognised.

Since turning pro, the Penang native became world No 1 ranked player for nine years till 2015.

After 27 years, Nicol retired in February 2019.

But the question is if Nicol will follow-up on her scintillating career as a player to become a coach.

CAKAPSUKAN’s Mohd Fariq was on the phone with Nicol, who is now in Colombia, about her short and long-term plans.

CAKAPSUKAN: First of all, thank you for taking time out from your hectic schedule for this interview.

NICOL: You are welcome. I am happy to do this.

CAKAPSUKAN: What are your plans for the next two years? Will you return to coach the national team or in any other capacity?

NICOL: My plans firstly is to get the next phase of my foundation registration set before I move forward once I’m back in Malaysia next month.

I’ve been working with my team closely to set things in place beforehand. The foundation is to empower girls and boys through the values of sport by using squash and hope to inspire more children in Malaysia.

There are a couple of projects lined up, motivational talks happening virtually as I plan to keep to my path of being an advocate for women, youth and sport.

The next two years are going to be exciting but more so the years to follow afterwards.

CAKAPSUKAN: What has been your most excellent satisfaction in squash career?

NICOL: I would probably say it now after my retirement that I realized that what I’m most satisfied is staying at World Number 1 consecutively and staying out of a major injury throughout my career.

CAKAPSUKAN: If you could choose the most expensive car in the world, which would it be?

NICOL: I don’t have a particular thought in my mind but my preferred car would be a Mercedes-Benz.

CAKAPSUKAN: Who is the individual you would like to meet in this world?

NICOL: Is it bad if I don’t have someone in mind? (Laughter) hahaha

CAKAPSUKAN: What are your activities during your spare time, besides playing with your cat?

NICOL: I like my home workouts and I do like eating pop corn watching movies on Netflix.

CAKAPSUKAN: What is your advice to all national athletes, not necessarily only in squash?

NICOL: Our Malaysian athletes have so much potential and talent to take on the world in their sporting arena.

Keep the belief and hunger burning to push themselves through any barrier and to fight for their goals.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: