Antarabangsa

McGregor cari alasan kekalahan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Poirier menang pukulan TKO ke atas McGregor.

CONOR McGregor mengatakan tendangan ke kaki yang dilakukan Dustin Poirier membuatnya kalah TKO pada pusingan kedua pada pertarungan UFC 257 di Abu Dhabi, petang ini.

McGregor menelan kekalahan TKO ketika perlawanan berlangsung dua minit dan 32 saat.

Kekalahan itu cukup mengejutkan, kerana McGregor tampil tenang sepanjang pertarungan dan unggul dalam pusingan pertama.

Dalam wawancara selepas pertarungan, McGregor mengakui tendangan yang dilepaskan Poirier membuat kakinya mati.

Keadaan itu membuat McGregor berdepan kesukaran hingga terkena pukulan Poirier.

“Tendangan rendah ke betis yang dilakukan Poirier sangat bagus, kaki saya rasa seakan mati dan saya tidak berasa selesa. Poirier petarung bagus. Saya harus menerima dan berusaha kembali, itu yang akan saya lakukan,” ucap McGregor.

McGregor dijangka akan melawan Khabib Nurmagomedov jika mampu mengalahkan Poirier di UFC 257.

Namun, kekalahan kepada Poirier mengubah semua perancangan awal Presiden UFC, Dana White.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: