Antarabangsa Bola Sepak

‘Liverpool tak bersedia di Old Trafford’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Klopp harus fikir formula baru jika mahu terus cabar gelaran EPL musim ini.

SEPERTI diketahui awal pagi tadi, Manchester United mengalahkan Liverpool 3-2 pada saingan Piala FA Pusingan Keempat di Old Trafford.

Lantas, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp akui pasukannya berhak untuk kalah kepada United.

“Jika anda mahu menang di sini (Old Trafford), anda harus benar-benar sedia. Kami tidak.

“Ini pertandingan yang sukar. Kami sudah berjuang sangat keras, namun tidak cukup,” katanya kepada BBC.

Prestasi Liverpool sejak kebelakangan ini agak buruk. Pada pertandingan terdahulu di Liga Perdana Inggeris, The Reds juga kalah 0-1 dan turun sementara ke tangga keempat.

Selepas kehilangan peluang menjuarai Piala FA musim ini, mampukah Roberto Firmino dan rakan sepasukan memulih semangat dengan menentang Tottenham Hotspur pagi Jumaat ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: