Antarabangsa Bola Sepak

Pesawat terhempas, pemain kelab FR Palmas maut


Antara pemain FR Palmas yang bermain dalam  Liga Divisyen 4 Brazil.

DUNIA bola sepak dikejutkan dengan insiden tragis apabila sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain kelab bola sepak divisyen 4 Brazil, FR Palmas dilaporkan terhempas dalam kejadian di Tocantins, pagi tadi

Sumber jurucakap kelab dalam satu kenyataan memberitahu, pesawat tersebut tiba-tiba terhempas di hujung landasan ketika sedang berlepas.

Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan ke Goiania untuk menghadapi perlawanan menentang Vila Nov.

Tragedi itu mengakibatkan Presiden kelab, Lucas Meira serta empat pemain iaitu Lucas Praxedes, Guilherme Noé, Ranule dan Marcus Molinari meninggal dunia di tempat kejadian.

Ini merupakan kejadian kedua yang melibatkan kelab bola sepak Brazil selepas insiden tragis kapal terbang terhempas yang mengorbankan sebahagian besar pemain kelab Serie A, Chapecoense pada 28 November 2016 lalu.

Sementara itu, punca kemalangan sedang disiasat dan ia turut mengundang perhatian daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading