Bola Sepak

Yakin KL capai lima teratas Liga Super

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

FAKHRUL AIMAN SIDID

FAKHRUL Aiman Sidid percaya Kuala Lumpur mampu meraih kelompok lima terbaik Liga Super musim ini.

Malahan, katanya pelantikan Bojan Hodak sebagai jurulatih dan penambahan pemain-pemain baru seperti Hadin Azman, Irfan Zakaria, Dominique Da Sylva dan Safee Sali akan membuat Kuala Lumpur lebih kompetitif di persaingan musim 2021.

“Dengan gandingan pemain berpengalaman dan pemain muda, saya rasa KL boleh mencapai kedudukan lima terbaik,” tambah Fakhrul Aiman,31 yang telah bermain dua perlawanan untuk pasukan kebangsaan pada 2016 ketika dipetik portal Kuala Lumpur FA Official.

Sementara itu, Fakhrul Aiman akui peluang untuk bermain di Liga Super sekali lagi merupakan salah satu sebab dirinya melanjutkan kontrak bersama Kuala Lumpur bagi musim 2021.

Fakhrul Aiman merupakan salah seorang antara tiga pemain yang beraksi penuh dalam kesemua perlawanan Liga Premier musim lalu apabila Kuala Lumpur mencapai tempat ketiga untuk layak ke Liga Super.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: