Antarabangsa Bola Sepak

Falsafah bola sepak Raja Isa cetus kebangkitan Mukthijodda

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyerahan jersi untuk penyokong dan peminat selepas perlawanan semalam.

JURULATIH kelab Mukthijodda SKC, Raja Isa Raja Akram Shah menerapkan sistem menekan pihak lawan ketika menentang Arambagh KS, semalam.

Hasilnya, mereka meraih kemenangan 1-0 sesudah tewas kepada Shiekh Jamal Ltd pada penampilan sulung Raja Isa sebagai pengurus.

Bercakap kepada Cakap Sukan, beberapa aspek kelemahan berjaya diperbetulkan berbanding pada penampilan pertama membimbing Mukthijodda.

“Kaedah dinamik yang saya guna ternyata berhasil. Kita pressing lawan dari awal permainan dan pemain mula serasi.

“Banyak mencipta ruang dan peluang hingga kita mampu mencuri tiga mata di tempat lawan. Saya berpuas hatilah apa yang pemain tunjukkan sepanjang perlawanan,” ujarnya.

Untuk rekod, kempen Liga Perdana Bangladesh (BPL) telah bermula pada 13 Januari 2021.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: