Antarabangsa Bola Sepak

Mesut Ozil tidak akan dikenang sebagai legenda Arsenal

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KEVIN CAMPBELL

KEGAGALAN Mesut Ozil memberikan trofi utama kepada Arsenal menjadikan dirinya tidak akan dipandang sebagai legenda kelab.

Ia seperti disuarakan oleh Kevin Campbell ketila dipetik dari Football Insider.

Bekas penyerang The Gunners itu akui pemain tengah kreatif berusia 32 tahun itu memang salah satu bakat terbesar yang pernah ada di Emirates.

Tetapi ianya tidak cukup kerana dia belum membawa trofi utama buat kelab.

Ozil dan Arsenal memutuskan kontrak minggu lalu dan playmaker Jerman ini sedang dalam fasa terakhir melengkapkan perpindahan ke pasukan gergasi Turki, Fenerbahce.

“Boleh dikatakan Ozil tidak berjaya (di Arsenal).

“Saya berharap, dia akan okay di sana. Dia kembali ke pasukan semasa zaman kecilnya di Fenerbahce. Arsenal tiada masalah, kami mendoakan yang terbaik baginya,” katanya.

Ozil mencatatkan 254 penampilan bagi Arsenal di seluruh pertandingan dan memenangi tiga kali Piala FA dan satu Perisai Komuniti dalam tujuh setengah tahun sepanjang pembabitan bersama kelab London Utara.

Ozil juga menjadi sebahagian daripada skuad musim 2017/18 sebagai naib juara Piala Liga Inggeris dan Liga Europa semusim berikutnya.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: