Antarabangsa Bola Sepak

‘Penyingkiran Arsenal amat sadis’

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi menarik perebutan bola ketika perlawanan antara Southampton dan Arsenal, malam tadi.

BOS Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan kekecewaan dengan cara pasukannya bolos ketika tewas 1-0 kepada Southampton, malam tadi.

Penyandang juara Piala FA itu tersingkir gara-gara gol sendiri Gabriel Magalhaes sekaligus menunjukkan perbezaan kedua-dua.

Bercakap setelah kekalahan itu dipetik Football 365, Arteta berkata: “Sungguh sedih berada di luar pertandingan. Kecewa tersingkir dan cara kami bolos.

“Kami mengalami masalah pada babak pertama dan kesilapan tanpa paksaan hasil daripada tekanan tinggi yang mereka lakukan. Pada separuh masa kedua kami mempunyai dua atau tiga peluang keemasan tetapi tidak mencukupi.

“Itu adalah permainan yang sama rata. Pada separuh masa pertama mereka memenangi banyak bola kedua. Pada separuh masa kedua kami menambah kualiti. Kami menjadi lebih dominan dan mencipta peluang tetapi itu tidak mencukupi.”

Keputusan itu mengakhiri enam perlawanan The Gunners tanpa kalah dalam semua pertandingan.

Kelab London Utara itu sekarang akan mengalihkan tumpuan di pentas Eropah dan memperbaiki kedudukan liga domestik pada tahap yang lebih baik.

Perlawanan seterusnya di Liga Europa adalah menentang Benfica pada Pusingan 32 bulan Februari depan.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: