Bola Sepak Semasa

Penang FC matang hadapi PKP

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Azmi mengakui pasukan lebih matang untuk mengharungi cabaran kali ini berbanding musim lalu selepas kali pertama.

PERTAHANAN Pulau Pinang, Azmi Muslim menyifatkan persediaan pasukan kali ini lebih tersusun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun ketika ini hanya mengikuti program latihan dalam talian.

Jelasnya, pasukan dilihat lebih matang untuk mengharungi cabaran kali ini berbanding musim lalu selepas kali pertama tidak dibenarkan berlatih ekoran pandemik COVID-19 apabila seluruh negara dikenakan PKP bermula Mac 2020.

Namun, tahun ini agak berbeza kerana setiap individu masih diberi kelonggaran apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran untuk keluar berjoging mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan perkara itu sedikit sebanyak membantu pemain untuk mengekalkan tahap kecergasan mereka.

“Macam tahun lepas, sudah tentu la kita masih terkejut apabila satu negara dikenakan PKP dan pasukan juga tidak dibenarkan berlatih, jadi perkara itu kita tidak jangka dan mengambil masa untuk kita sesuaikan diri.

“Tetapi tahun ini, kita sedar dengan situasi sekarang dan apabila sekali lagi dikenakan PKP, pasukan dan jurulatih sudah bersedia dengan segala program latihan untuk kami ikut dalam atas talian setiap hari.

“Semua memberi kerjasama yang baik untuk jurulatih sentiasa memantau latihan kami dan apa pun, saya rasa kami semua kena sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.

“Bonus juga untuk kami apabila masih dibenarkan untuk keluar berjoging, jadi kami dapat juga buat beberapa larian yang diperlukan untuk memastikan tahap kecergasan tidak terjejas”, katanya.

Pulau Pinang antara enam negeri yang terbabit dengan PKP bermula 13 Januari sehingga 26 Januari termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah manakala enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketika ini, semua pasukan sedang giat melakukan persiapan rapi menjelang sepak mula Liga Malaysia 2021 yang akan bermula pada 26 Februari depan.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: