
TANPA berselindung, Paul Pogba menyebut Manchester United boleh menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Namun begitu, Pogba menjangka perebutan gelaran pasti sengit kerana pasukan lain termasuk Liverpool memberikan cabaran getir.
“Saya ingatkan rakan sepasukan di bahawa kami tetap berpeluang sambil menuntut tumpuan tinggi.
“Saya rasa kami boleh memenanginya sekiranya kami terus fokus tetapi ada banyak pasukan yang cuba memenanginya — kami belum meraih apa-apa lagi, perjuangan kami masih jauh,” katanya kepada Sky Sports.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer akan bertemu The Reds di Anfield, tengah malam Isnin ini dan kemenangan akan memastikan United menjarakkan diri daripada Liverpool di puncak EPL.
Add Comment