Bola Sepak Semasa Terkini

6 pasukan diberikan lesen kelab kebangsaan

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ENAM pasukan yang sebelum ini  diberikan lesen kelab kebangsaan secara bersyarat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah disahkan berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan untuk lesen kelab kebangsaan bagi membolehkan mereka layak beraksi, masing-masing pada saingan Liga Super 2021 dan Liga Premier 2021.

Namun UKM FC yang sebelum ini juga diberikan lesen bersyarat gagal memenuhi kriteria dan lesen berkenaan telah ditarik balik.

Pengerusi FIB Pelesenan Kelab FAM, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, pasukan-pasukan yang telah berjaya dianugerahkan lesen penuh itu adalah Pahang FA dan Melaka FA dari Liga Super dan Kelantan FA, Sarawak United FC, Pulau Pinang FA dan Kuching FA dari Liga Premier.

“Selepas mengambil kira situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir semua negeri sebelum ini, kesemua pasukan tersebut telah diberi lanjutan tarikh akhir ke 31 Disember 2020 akibat kekangan untuk mendapatkan dokumen daripada pihak ketiga bagi memenuhi syarat, sekali gus tidak disifatkan sebagai melanggar syarat yang telah ditetapkan itu.

“Bagaimanapun, lesen yang diperoleh kesemua enam pasukan di atas ini hanya merupakan lesen kebangsaan FAM dan ia tidak membabitkan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),” jelas selepas mesyuarat FIB yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selasa lalu.

Sheikh Mohd Nasir berkata, walaupun kesemua pasukan tersebut telah berjaya mendapat lesen penuh, Melaka FA yang masih terdapat tunggakan LHDN dan KWSP sebanyak RM276,169.75 berjaya mendapat perjanjian bersama untuk pembayaran berjadual dan bayaran seterusnya akan dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan.

“Sekiranya Melaka FA gagal membuat bayaran, tindakan-tindakan sanksi termasuk dan tidak terhad kepada penarikan balik lesen boleh dikenakan oleh FIB.

“Jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM atau mempunyai kes tunggakan berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen kelab mereka boleh ditarik balik pada bila-bila masa,” tegasnya.

Sheikh Mohd Nasir (tengah) mempengerusikan mesyuarat FIB di Wisma FAM, Selasa lalu.

Katanya lagi, berdasarkan SD yang telah diserahkan pada 15 Disember 2020, Melaka FA, Kelantan FA dan Sarawak United FC telah mengisytiharkan tunggakan pemain dan pegawai dalam tempoh tersebut dan juga dilampirkan persetujuan bersama pegawai dan pemain dan pelan bayaran ansuran bagi tunggakan tersebut.

“Merujuk kepada bukti pembayaran yang diserahkan kepada FAM, Melaka FA sudah berjaya membuat bayaran pertama sebanyak RM476,160.00 dan Kelantan FA pula telah membuat bayaran sebanyak RM44,327.00, manakala bakinya akan dibayar mengikut jadual pembayaran yang telah diserahkan.

“Sarawak United FC pula akan memulakan bayaran ansurannya mulai Februari 2021. Pelan pembayaran bagi pasukan-pasukan ini akan dipantau oleh FAM dari semasa ke semasa.

“Sekiranya pasukan-pasukan tersebut gagal untuk membuat pembayaran untuk tunggakan yang diisytiharkan dalam SD itu mengikut jadual pembayaran yang telah dipersetujui bersama, sanksi terhadap pasukan tersebut boleh diambil,” ujarnya.

 

 


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: