
KEJOHANAN Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup 2020 yang kini sedang meriah berlangsung di Iskandar Malaysia Studios, Johor Darul Ta’zim telah ditunda ekoran pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Johor bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.
Menerusi pengesahan yang dimaklumkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), kejohanan STL Champions Cup 2020 telah ditunda pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
” PSM akur dan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan Kerajaan. Segala makluman lanjut akan dimaklumkan,” jelas PSM menerusi laman rasmi FB persatuan, sebentar tadi.
Kejohanan (STL) Champions Cup 2020 yang berlangsung mulai 10 Januari lalu dan bakal berakhir 26 Januari ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A yang disertai Kuala Lumpur Thunder, Bomba Fighter, Johor Tigris dan Putrajaya Cyborg.
Kumpulan B pula terdiri daripada ATM Guardians, Kelantan Warrriors, Negeri Sembilan Antlers dan Penang Black Panthers.
Perlawanan separuh akhir berlangsung pada 15 Januari manakala detik final dan penentu tempat ketiga/ke-4 diadakan pada 16 Januari 2021.





Add Comment