Bola Sepak Terkini

PBNS jamin kantung kewangan mencukupi


Tunku Syed Razman menurunkan tandatangan sebagai tanda perasmian bangunan baharu PBNS yang terletak di Wisma PBNS, Medan Rahang, Seremban.

PERSATUAN Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) memberi jaminan masalah pembayaran gaji pemain tidak akan berlaku bagi musim 2021 memandangkan pasukan yang dibina ketika ini adalah berdasarkan peruntukan sedia ada.

Menyifatkan jumlah peruntukan kewangan yang sama pada tahun lalu, pada masa sama pengurusan juga sedang berusaha mendapatkan dana tambahan yang lain menerusi penajaan.

Presiden PBNS, Tunku Besar Tampin YTM Kol (K) Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri berkata, perbelanjaan untuk musim 2021 mencukupi selain kita juga cuba mendapatkan tambahan dana melalui penajaan untuk penambahbaikan kewangan pengurusan.

“Kita kekal dengan penajaan kita terima sebelum ini malah kita masih berbincang dengan beberapa penaja baharu  untuk penambahbaikan kukuhkan.

“Tiada masalah untuk musim 2021, apa yang telah kita perkenalkan pada awalnya adalah semua perbelanjaan mengikut peruntukan yang ditetapkan bukan musim ini sahaja tetapi musim-musim sebelumnya.

“Kita dapat berbelanja mengikut peruntukan dan pengurusan kewangan berjalan lancar, jadi harap ia akan kekal seperti dahulu. Perbelanjaan mencukupi, apa yang kita ada mencukupi untuk tahun ini,” jelasnya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Bangunan baru PBNS, pengumuman pemenang reka cipta logo dan penajaan pakaian musim 2021, hari ini.

Pada masa sama, Tunku Syed Razman turut mengumumkan bekas pengendali PJFC dan juga Negeri Sembilan kembali membimbing pasukan bagi musim 2021 dengan sasaran layak ke pentas Liga Super 2022.

“K Devan bukanlah asing dalam bidang kejurulatihan dalam Liga Malaysia, dia diberikan sepenuh kepercayaan untuk membawa pasukan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

“Beliau turut diberi tanggungjawab menggalas jawatan pengurus pasukan sekaligus memberikannya ruang membuat keputusan melibatkan pasukan.

“Pemilihan pemain yang menyertai pasukan juga diperkuatkan dengan lapan pemain kelahiran Negeri Sembilan begitu juga barisan kejurulatihan yang dibarisi bekas pemain Negeri Sembilan,” katanya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading