Bola Sepak Semasa Terkini

Alain Thierry peledak baharu NSFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alain Thierry menjadi taruhan baharu NSFC selaku penyerang musim 2021.

 

BEKAS pemain skuad Bawah 23 tahun Cameroon, Akono Akono Alain Thierry sah memperkuatkan Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC) bagi musim 2021.

Alain Thierry yang sebelum ini beraksi bersama pasukan Azam FC dalam saingan Liga Tanzania bakal turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan esok selepas tamat menjalani tempoh kuartin.

Mampu beraksi selaku pemain tengah dan penyerang ini dilihat rakan gandingan terbaik buat pengempur tempatan yang juga anak jadi Negeri Sembilan iaitu, Mohamad Zaquan Adha Radzak.

Pengurus pasukan yang juga Ketua Jurulatih NSFC, K Devan berkata, Alain Thierry bakal memberikan impak bagi membantu pasukan bersama rakan sepasukan yang lain.

“Dia telah tiba di Malaysia dan esok akan menjalani latihan selepas tamat tempoh kuarantin, jadi kita harapkan impaknya.

“Pasukan juga akan diperkuatkan dengan dua pemain import dari Brazil yang beraksi diposisi pertahanan dan juga serangan,” jelasnya berkata pada sidang media majlis pengumuman Reka Cipta Logo Negeri Sembilan dan penaja pakaian musim 2021.

Mengulas persiapan pasukan, Devan memaklumkan, pasukan kini sudah berada dalam keadaan memuaskan dan hanya menunggu kehadiran dua pemain import berkenaan untuk melengkapkan senarai 22 pemain.

“Pasukan kali ini berbeza dengan hanya tiga pemain lama dikekalkan manakala selebihnya adalah pemain baharu. Kita membawa masuk tiga pemain dari skuad Bawah 19 tahun negara dan dua pemain Piala Presiden.

“Kami juga merangka beberapa perlawanan pra musim antaranya menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 27 Januari, Kedah (31 Januari), Pulau Pinang (3 Februari), Kuala Lumpur (6 Februari), Selangor (10 Februari) dan Perak 2 pada 17 Februari,” jelasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: