Antarabangsa Bola Sepak

Abramovich ada lima calon ganti Lampard ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kedudukan Lampard kini goyah.

SITUASI Frank Lampard di Chelsea kini dalam keadaan tidak menentu.

Jika tidak segera memperbaiki prestasi pasukan, Lampard akan kehilangan pekerjaannya di Stamford Bridge.

Apa tidaknya, atas kertas Chelsea adalah salah satu skuad terbaik di Liga Perdana Inggeris musim ini, tapi Lampard dilihat gagal menguruskan dengan baik.

Ketika ini, The Blues tersasar pada kedudukan ke-9 liga dengan mengutip 26 mata dalam 17 perlawanan.

Chelsea, kelab yang gemar memecat pengurus sejak diambil alih Abramovich, kebiasaannya tidak perlu menunggu lama.

Dipetik Daily Mail, Abramovich dikhabarkan sudah memiliki nama pengganti Lampard jika situasi semasa semakin tidak terkawal.

Antaranya, Ralph Hasenhuttl (Southampton), Julian Nagelsmann (RB Leipzig), Ralf Rangnick, Thomas Tuchel, dan Massimiliano Allegri.

Lima pengendali ini berada dalam kelas tersendiri dan lebih berpengalaman berbanding Lampard.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: