
SENYUMAN terukir di bibir Mauricio Pochettino selepas Paris Saint-Germain (PSG) meraih kemenangan sulung di bawah kendaliannya.
Kemenangan 3-0 ke atas Brest pastinya melegakan pengurus dari Argentina itu, kerana aksi pertamanya berkesudahan seri 1-1 di Saint-Etienne pada pertengahan minggu.
Pada perlawanan itu, gol PSG dihasilkan oleh Mauro Icardi, Pablo Sarabia dan Moise Kean.
“Saya berpuas hati dengan usaha ditunjukkan pemain. Ia persembahan yang meningkat dan kemenangan penting,” katanya dipetik AFP.






Add Comment