Bola Sepak Terkini

Hodak sah milik KLUFC


Hodak juga pernah dilantik sebagai pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun kebangsaan pada 2017.

KESUKARAN  untuk menunggu kelulusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terhadap pengendali dari Chile, Simon Elissetche memaksa Kuala Lumpur United City (KLUFC) mencari alternatif baharu dengan melantik Bojan Hodak bagi musim ini.

Walaupun The City Boys sebelum ini dilaporkan sudah menawarkan kontrak kepada Elissetche namun syarat yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di mana kelayakan jurulatih haruslah memiliki Sijil Kejurulatihan Diploma AFC Pro menyebabkan pengendali berkenaan tidak memenuhi kreteria berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif KLUFC, Stanley Bernard berkata, pihaknya tampak sukar untuk menunggu kelulusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terhadap Simon.

“Kita sudah berbincang dengan Simon mengenai perkara itu dan kita pun tidak tahu bila kelulusan akan diperoleh. Lagi pun Simon belum menandatangani kontrak bersama KLUFC,” katanya.

Kehadiran Hodak pastinya akan menghadirkan saingan memandangkan pengendali berumur 49 tahun ini bukanlah asing dalam kancah saingan bola sepak tempatan.

Kali terakhir Hodak bertindak selaku jurulatih dalam saingan Liga Malaysia  pada 2015 bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), sebelum dia dilantik sebagai pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun kebangsaan pada 2017.

Hodak sah mengikat kontrak bersama KLUFC dan sudah tiba di Kuala Lumpur kini menjalani tempoh kuarantin serta akan memulakan tugas secara rasmi pada 15 Januari ini.

Stanley berkata, pengalaman Hodak yang sudah lama berada dalam kancah bola sepak tempatan menjadi antara faktor jurulatih dari Croatia itu menjadi pilihan KLUFC.

“Petunjuk Prestasi Utama (KPI)  memastikan pasukan kekal dalam saingan Liga Super. Dia juga mengetahui budaya bola sepak Malaysia dan mengenali ramai pemain termasuk Indra Putra Mahayuddin yang pernah berada di bawah bimbingannya.

“Kontrak dia bersama KLUFC satu (tahun) tambah satu (1+1) dan kami merasakan sangat bertuah kerana berjaya mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman luas seperti Hodak,” ujarnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading