Bola Sepak Semasa Terkini

Selangor FC, MBSA jalin kerjasama strategik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kerjasama antara pasukan Gergasi Merah bersama MBSA, pastinya bakal menyalurkan kepakaran dan perkongsian strategik lain.

SELANGOR FC mendapat suntikan tonik apabila menjalinkan kerjasama strategik bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta sumbangan dana tunai sebanyak RM500,000 sebagai penajaan kepada pasukan Red Giant.

Kerjasama antara Selangor FC dan MBSA dilihat bakal menyalurkan kepakaran dan perkongsian strategik lain seperti logistik, fasiliti dan dalam masa yang sama, usaha memperkasakan bola sepak di peringkat akar umbi di negeri terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, kerjasama ini akan memberikan impak positif kepada kedua-dua entiti dalam memperkasakan sukan bola sepak sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan Gergasi Merah.

“Selangor FC mengucapkan terima kasih atas sumbangan wang tunai, kepakaran dan logistik yang diberikan oleh pihak MBSA dan sudah tentu sumbangan ini akan memperkemaskan lagi persediaan pasukan Selangor untuk musim 2021.”

Kerjasama ini termasuk program pembangunan pasukan elit di bawah Selangor, terutamanya selepas pasukan ini diswastakan sebagai pasukan bola sepak profesional sejak Disember lalu,” katanya menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: