Bola Sepak Semasa Terkini

Hodak bimbing The City Boys

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hodak antara calon utama yang bakal menggantikan Elissetche.

 

BEKAS pengendali Kelantan, Pulau Pinang dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojan Hodak dikhabarkan bakal mengemudi skuad Warga Kota bagi saingan musim ini.

Walaupun sebelum ini  Kuala Lumpur  pada sudah menawarkan kontrak kepada pengendali yang berasal dari Chile, Simon Elissetche itu namun difahamkan kemungkinan tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di mana kelayakan jurulatih haruslah memiliki Sijil Kejurulatihan Diploma AFC Pro.

Bagaimanapun, sijil sama yang dimiliki Elissetche mungkin tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan dan disebabkan oleh itu, Hodak dilihat calon paling sesuai mengisi posisi itu.

Memetik laporan Harian Metro, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa, pihaknya sedang berusaha untuk membawa Hodak yang sebelum ini pernah melatih banyak pasukan Liga Malaysia (Liga-M) seperti JDT, Kelantan dan juga skuad kebangsaan bawah 19 tahun.

“Kami dah ada jurulatih tapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal membabitkan Elissetche dan FAM, mungkin kami perlu bawa Hodak.

“Mungkin diploma yang Elissetche ada tak sama yang dimahukan FAM, jadi ia akan beri kesan kepada visa kerja kerana untuk dapatkan kebenaran kerja dari kerajaan kita mesti ada surat kebenaran daripada FAM.

“Sebab itu Hodak dalam senarai kita. Tapi jika kedua-duanya lepas (permohonan Elissetche dilepaskan oleh FAM), mungkin salah satu akan mengisi jawatan lain dalam pasukan,” katanya.

Berdasarkan syarat yang ditetapkan FAM, jurulatih dalam Liga Super wajib mempunyai Lesen A serta Sijil Kejurulatihan Diploma AFC Pro.

Jika tidak memenuhi kriteria itu, jurulatih berkenaan tidak dibenarkan melatih pasukan Liga Super.

Ia seperti mana yang berlaku kepada beberapa pengendali tempatan termasukManzoor Azwira yang terpaksa diturunkan pangkat sebagai penolong jurulatih Pulau Pinang, meskipun mereka cukup hebat membimbing pasukan menjuarai Liga Perdana musim lalu.

Malah, Muhammad Nidzam Adzha sendiri turut menerima nasib sama walaupun berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur ke Liga Super musim ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: