Bola Sepak Terkini

Sulaiman sertai Kuching City FC


Sulaiman sah selaku penolong jurulatih Kuching City FC bagi musim 2021.

 

BEKAS pengendali UKM FC , Sulaiman Hussin sah menyertai Kuching City FC selaku Penolong Ketua Jurulatih bagi saingan musim 2021.

Keputusan ini menyaksikan Sulaiman bakal bergandingan dengan Irfan Bakti Abu Salim selaku Ketua Jurulatih Kuching City FC.

“Tawaran diberikan Irfan Bakti sememangnya sukar ditolak dan selaku jurulatih muda dapat bergandingan dengannya satu penghormatan dan peluang terbaik.

“Apabila menerima panggilan dari Irfan dan menawarkan tugasan ini, saya tidak menunggu lama untuk memberikan jawapan.

“Saya tidak boleh tolak kerana tidak tahu lagi bila akan mendapat peluang seumpama ini.

“Bagi saya ia umpama anugerah yang tidak terhingga dapat bekerja dibawah Irfan yang sememangnya kita tahu dia mempunyai reputasi tinggi membimbing jurulatih muda,”jelasnya ketika ditemui CakapSukan.com.

Karier Sulaiman selaku pengendali pasukan sememangnya terbukti apabila memastikan UKM FC terus kekal dalam saingan Liga Premier dua tahun berturut-turut secara merit.

Selain itu dibawah kendaliannya UKM FC turut melahirkan beberapa pemain muda antaranya ketua pasukan,  Asnan Ahmad yang kini menyertai Terengganu FC serta beberapa pemain lain yang dikhabarkan bakal menyertai pasukan baharu dalam masa terdekat.

Mengulas sasarannya selaku penolong jurulatih, Sulaiman tekad bekerjasama dengan Irfan bagi memastikan Kuching City FC mencapai kejayaan pada masa akan datang.

“Saya akan penuhi KPI yang ditetapkan pengurusan dan percaya pasukan akan mampu pergi jauh,” katanya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading