motorsport Pelbagai Semasa

SIC mungkin buka litar untuk acara berbasikal dan larian

Azhan Shafriman melihat sektor korporat masih boleh menyokong sektor permotoran menerusi penajaan dalam bentuk lain berbanding sumbangan dana.

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) akan melihat kepada bidang yang belum dimanfaatkan untuk mempelbagaikan pendapatannya agar terus bertahan semasa pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhan Shafriman Hanif berkata, sukan permotoran tempatan merupakan antara industri yang terjejas teruk oleh pandemik berkenaan, justeru pembukaan trek untuk acara larian dan berbasikal yang selamat merupakan antara inisiatif tersebut.

“Kira-kira 80 hingga 90 peratus perniagaan kami diperoleh melalui sewaan trek dan bahagian lain ialah acara antarabangsa. Apabila saya memasuki (bidang ini), saya lihat banyak perniagaan yang kita tidak manfaatkan lagi, sebagai contoh sekarang berbasikal amat diminati, mengapa kita tidak gunakan litar ini untuk kegunaan semua.

“Lebih banyak acara di SIC dengan prosedur operasi standard (SOP) jadi sesiapa sahaja boleh berbasikal dengan selamat di sini. Saya ingin membuka SIC untuk lebih ramai orang…dipanggil merakyatkan SIC… Bukan sahaja datang untuk menonton perlumbaan, tetapi juga untuk acara lain,” katanya pada webinar Steering and Marshalling the Motorsports Industry into 2021 anjuran Richard Wee Chambers.

Azhan Shafriman berkata beliau melihat peluang baik untuk memula dan menetapkan semula SIC sebagai satu jenama pada tempoh mencabar ini dan bersedia untuk merebut peluang itu apabila pasaran beralih ke arah SIC dalam kebiasaan baharu ini.

Memandangkan pemerolehan penajaan dijangka sukar pada 2021, beliau berkata sektor korporat masih boleh menyokong sektor permotoran menerusi penajaan dalam bentuk lain berbanding sumbangan dana.-Bernama–

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: