Antarabangsa motorsport Semasa

Dugaan sukan permotoran 2020

SETIAP tahun, penggiat sukan permotoran negara akan bersiap sedia dengan jentera lumba dua roda dan empat roda bagi merebut kedudukan yang baik dalam saingan perlumbaan tempatan dan antarabangsa.

Mengikut perancangan awal, tahun 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia 2020 , namun begitu, ianya tidak seperti disangkakan apabila 2020 merupakan tahun yang penuh dengan dugaan buat arena sukan permotoran tanahair khususnya mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung seperti penganjur kejohananan, rakan kongsi, pihak penaja, atlet sukan permotoran dan sebagainya.

Kemunculan wabak pandemik Covid-19 telah memberi impak yang sangat hebat dan hampir satu dunia terkesan. Aktiviti dan acara sukan permotoran tempatan dan antarabangsa terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan.

Kami kongsikan dugaan penggiat sukan permotoran sepanjang 2020

> Pembatalan kejohanan Malaysian Motorcycle Grand Prix (MotoGPTM) pada 31 Julai yang lalu merupakan impak terbesar buat SIC. Ini merupakan kali pertama kejohanan berprestij sukan dua roda ini tidak diadakan di Malaysia setelah lebih 20 tahun acara ini berlangsung di SIC.

> Acara sukan empat roda seperti Asia GT Festival yang dijadualkan pada bulan Mac ditangguhkan kerana pasukan yang terlibat dalam kejohanan ini kebanyakkannya berasal daripada Republik China dan penularan wabak Covid-19 masih lagi berleluasa pada masa itu.

> Kemunculan semula perlumbaan sensasi Super GT selepas 7 tahun tiada dalam kalendar SIC telah dibatalkan. Super GT pernah dianjurkan di SIC dari tahun 2000 hingga 2013 dan perlumbaan ini sangat dinantikan oleh peminat sukan permotoran tempatan.

> Perlumbaan tempatan turut terkesan apabila kejohanan tahunan Malaysia Championship Series (MCS) dipendekkan ke 1 pusingan dari 5 pusingan asal. Pusingan khas yang dinamakan Merdeka Race adalah gabungan MCS dan Malaysia Speed Festival (MSF) yang berlangsung
pada 29 hingga 30 Ogos yang lalu menyaksikan sebanyak 6 kelas kategori dipertandingkan.

> Perlumbaan Merdeka Race berformat “endurance round” sepanjang 300km yang menyaksikan perlumbaan sokongan (support races)seperti Blancpain GT Series Asia, F4 SEA Championship, F3 Asian Championship terpaksa dibatalkan buat musim 2020.

> Manakala perlumbaan dua roda Malaysia Superbike Championship (MSBK) dengan kolaborasi anjuran SIC dan Two Wheels Motor Racing (TWMR) sempat menjalankan satu pusingan pada 26 hingga 27 September sebelum ditangguhkan ke tahun 2021.

> Sepang 1000KM Endurance Race (S1K) edisi ke-12 sepatutnya dilangsungkan pada 27 hingga 29 November.

>Sebelum penutupan tirai 2020, sukan permotoran Malaysia serba sedikit dapat menarik nafas lega apabila mendapat kelulusan untuk meneruskan aktiviti latihan melalui “Track Day” serta kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia, kejohanan SIC MiniGP dengan mengenakan garis panduan yang ketat dan perlumbaan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

> Juara keseluruhan Hakim Danish, 13 tahun, berjaya untuk mendapat tempat di Idemitsu Asia Talent Cup (ATC) pada musim 2021.

> Ekoran dari pandemik ini, SIC telah memanfaatkan keadaan dengan membuka fasiliti dan litar untuk kegunaan orang ramai bagi aktiviti riadah seperti aktiviti berbasikal serta membantu atlet-atlet negara untuk menjalani sesi latihan di SIC.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: