Bola Sepak Semasa

Gelaran hatrik suntik semangat Farizal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENJAGA gawang Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias menyifatkan gelaran hatrik Penjaga Gol Terbaik yang diraihnya dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual akan terus menyuntik motivasi untuk mengharungi musim 2021 dengan lebih gemilang.

Ini kerana, musim 2020 sudah cukup memberi banyak pengajaran kepada semua pasukan dan pemain dalam tempoh menghadapi pandemik Covid-19 dan semestinya kejayaan yang diraih itu mampu memberi sinar baru untuknya beraksi lebih cemerlang pada musim depan.

Menariknya, ini merupakan gelaran kali kelima buat penjaga gol berusia 34 tahun ini selepas kali pertama memenangi kategori tersebut pada tahun 2009, 2015, 2018, 2019 dan seterusnya merekod hatrik pada 2020 untuk terus kekal mempertahankan gelaran.

“Melalui pemberian anugerah ini, saya percaya ia akan meningkatkan lagi prestasi saya pada musim depan dan musim-musim akan datang.

“Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada keluarga, isteri, anak-anak, ibu bapa, rakan-rakan serta rakan sepasukan, staf kejurulatihan dan juga pihak pengurusan pasukan.

“Semestinya tidak dilupakan juga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa di belakang saya malah yang sentiasa memberikan aura-aura positif kepada kami semua”, jelasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: