Antarabangsa Permotoran

Joan Mir harus pertahanan kejuaraan


Joan Mir bakal berdepan cabaran getir musim depan.

LEGENDA Suzuki, Kevin Schwantz memuji Joan Mir yang berjaya menjadi juara dunia di MotoGP 2020.

Namun, dia juga bimbang sekiranya Mir berdepan kesukaran mempertahankan gelaran.

“Joan bagus, dan nampak kematangan ditunjukkan sepanjang menjadi juara dunia.

“Sepatutnya ada banyak pencabar. Yamaha bermasalah dengan mesin, Marquez cedera, juga Rins.

“Anda harus bijak setiap minggu, anda harus dapat mata.

“Ini adalah musim-musim yang aneh dengan Covid dan tanpa penonton. Ada dua pusingan di litar yang sama, tapi bagiJoan, situasinya sama, dan dia mendapat mata lebih banyak,” ujar Schwantz seperti dipetik GPOne.

Pelumba Suzuki Ecstar itu bergelar juara dunia dengan perolehan 171 mata ketika perlumbaan berbaki satu pusingan.


Add Comment

Click here to post a comment