Antarabangsa Bola Sepak

Villas-Boas mohon maaf


Villas-Boas

JURULATIH Marseille, Andre Villas Boas membuat permohonan maaf kepada salah seorang wartawan daripada akhbar tempatan Perancis.

Dia didakwa mengugut dan memarahi individu berkenaan selepas kalah 1-2 dalam saingan Ligue 1 kepada Rennes.

Villas-Boas mendekati wartawan yang berpusat di Marseille itu sebelum menepuk bahu individu berkenaan sebanyak dua kali dan melakukan ugutan.

Semalam, akhbar berkenaan mengeluarkan artikel bertajuk, ‘Apabila Villas Boas menghina dan mengugut salah seorang wartawan kami’.


Add Comment

Click here to post a comment