PERJALANAN karier tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid di bumi Portugal bersama kelab Portimonense SC kian terjawab apabila sudah ada tanda dia akan meninggalkan kelab berkenaan dalam masa terdekat ini.
Bayangan itu dapat dilihat menerusi Instastory @Portimonense1 yang memuat naik video dan gambar Safawi bersama kumpulan rakan sepasukannya di kelab Portugal itu.
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkongsi perkara itu di Instagram miliknya beserta ucapan “terima kasih”.
Selain itu, Safawi turut berkongsi video di Instastory @Portimonense1 pada laman Instagram miliknya.





Add Comment