Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool lepas geram


Mane dan Firmino masing-masing sumbat gol untuk The Reds.

BAYANGAN kejuaraan musim 2020/2021 menjelang menuju Hari Natal tampak cerah buat Liverpool selepas membelasah Crystal Palace 7-0 di Selhurst Park sebentar tadi.

Tak perlu menunggu lama, Minamino membuka tirai jaringan seawal minit ketiga disusuli dua jaringan oleh Sadio Mane (35) dan Roberto Firmino (35).

Bagaikan tidak puas, empat jaringan terus diledak melalui Jordan Henderson (52) sebelum Firmino menambah koleksi gol peribadi kedua minit ke-68.

Pemain gantian sensasi Mesir, Mo Salah menambah derita tuan rumah dengan cetakan gol minit ke-81 dan 84.

Kemenangan ini membolehkan The Reds kekal menguasai persada Liga Perdana Inggeris dengan 31 mata selepas beraksi 14 perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading