Antarabangsa Bola Sepak

Salah ingin sertai Madrid atau Barca?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Salah serahkan masa depannya kepada Liverpool.

 

MOHAMED Salah tidak akan mungkir janji jika Real Madrid dan Barcelona adalah tujuan dalam perkembangan bola sepak.

Tapi, berhubung soal masa depan Salah, Liverpool sendiri yang menentukannya.

Dikaitkan khabar angin tersebut, Salah menyerahkan masa depannya kepada Liverpool.

Bagi Salah, paling penting saat ini adalah dia mahu membawa Liverpool meraih trofi sebanyak mungkin sekaligus memecahkan rekod demi rekod

“Pertanyaan sukar, tapi yang boleh saya katakan saat ini adalah semuanya bergantung kelab. Saya ingin memecahkan banyak rekod di kelab ini, saya tegaskan lagi semua rekod di kelab ingin saya pecahkan. Tapi, masa depan saya ada di tangan kelab,” ujar Salah dalam wawancara dengan AS.

Jelasnya, Real Madrid dan Barcelona adalah kelab besar dan dirinya tidak pernah tahu apa yang akan terjadi pada masa depan.

“Tapi saat ini fokus saya adalah menjuarai Liga Inggeris dan Liga Juara-Juara,” katanya.

Memasuki tahun keempatnya bersama Liverpool, peranan Salah semakin penting untuk pasukan musim ini, Salah menjadi penjaring terbanyak pasukan di Liga Perdana Inggeris dengan 11 gol.

Salah juga memecahkan beberapa rekod kelab. 108 gol sudah dicetak Salah daripada 172 penampilan untuk Liverpool.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: