Antarabangsa Bola Sepak

Barcelona sedia jual Philippe Coutinho

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Coutinho antara pemain menerima gaji tertinggi di Barcelona.

BARCELONA dilaporkan sedia melepaskan Philippe Coutinho pada jendela perpindahan pemain musim panas ini.

Penjualan The Little Magician dinilai boleh membantu kewangan Blaugrana.

Barcelona menjadi salah satu pasukan yang paling terkesan dari segi kewangan akibat pandemi COVID-19.

Coutinho merupakan salah seorang pemain dengan gaji tertinggi di Barcelona, iaitu mencapai 11 juta euro tahunan.

Sejak dibeli Barcelona dari Liverpool dengan harga 145 juta euro pada 2018, Coutinho sukar mencari rentak permainan terbaiknya.

Dia sempat dipinjamkan ke Bayern Munich selama semusim pada 2019.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: