PEMAIN import Pulau Pinang, Endrick Dos Santos dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Gonzalo Cabrera bakal memperkuatkan skuad Harimau Malaya.
Ini berikutan mereka berdua telah bermain dalam saingan Liga Malaysia lebih empat tahun yang membolehkan untuk mendapat kerakyatan Malaysia sekaligus menjadi pemain naturalisasi negara.
Perkhabaran ini dikongsikan oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu temu bual bersama Astro Arena, malam tadi.
Endrick mula beraksi di Malaysia bersama Felcra FC pada 2018 dan selepas itu beliau menyertai Selangor (2019) dan kemudiannya Pulau Pinang (2020). Pemain berusia 25 tahun ini akan melengkapkan tahun kelima pada 2022 nanti.
Manakala Cabrera pula beraksi bersama JDT sejak 2017 dan pemain sayap kelahiran Argentina ini akan melengkapkan tahun kelima beraksi di Malaysia pada 2021.





Add Comment