Bola Sepak

Kena ada semangat, ilmu pengetahuan urus bola sepak

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sumber kewangan JDT diuruskan dengan baik dan menjadi pasukan disegani. Foto : JDT

WALAUPUN memiliki sumber kewangan kukuh, tetapi tidak ada passion atau knowledge tiada gunanya.

Jelas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika diajukan soalan yang agak ‘keras’ oleh pengacara Bola @ Mamak, Hafizal Hamad malam tadi.

Tunku Ismail dengan tenang memberikan reaksi berikut apabila Hafizal mengeluarkan ungkapan, “anak raja, semua boleh buat”.

“Tak juga. Kalau tak ada kepala otak pun, tak boleh buat apa-apa. Itu yang paling mustahak.

“Awak boleh ada seberapa banyak sumber kewangan, tapi awak tidak tahu dan tak ada passion atau knowledge nak mengurus kewangan tersebut, nak letak pada tempat yang betul, ia tak akan jadi,” kata Tunku Ismail.

Untuk rekod, JDT merupakan kelab paling berjaya dalam arena bola sepak Malaysia dan bijak menguruskan sumber kewangan pasukan dengan sebaiknya.

Berbanding pasukan lain Liga Malaysia, masih ada yang menagih atau mengharapkan dana pihak kerajaan negeri untuk menguruskan perjalanan pasukan bola sepak mereka.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: