
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengumumkan Pnegarah Teknikal baharu menggantikan Peter de Roo pertengahan bulan ini.
Difahamkan individu yang dikaitan dengan jawatan berkenaan ialah bekas Ketua Jurulatih B23, Datuk Ong Kim Swee.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam bagaimana pun enggan memberikan komen mengenai perkara ini.
“Ia satu spekulasi yang akan saya umumkan bulan ini tetapi perbincangan terakhir untuk penggantian itu akan dilaksanakan secepat mungkin — dalam seminggu dua ini,” katanya dipetik melalui Stadium Astro.
Spekulasi berkenaan Kim Swee akan menggantikan tempat Dee Roo yang bakal menamatkan kontrak hujung bulan ini diperkuatkan lagi apabila bekas pengendali skuad negara itu turut kelihatan berada dalam mesyuarat khas badan induk itu di Wisma FAM semalam.





Add Comment