Bola Sepak

Penang FC pilih Tomas Trucha

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KELAB Penang Football Club (PFC) secara rasmi mengumumkan jurulatih dari Republik Czech berusia 49 tahun, Tomas Trucha sebagai Ketua Jurulatih bagi saingan Liga Super musim 2021.

Memulakan karier sebagai jurulatih seawal usia 25 tahun, Trucha mempunyai pengalaman luas ketika menggalas tugas di Eropah sebelum menimba pengalaman baharu dengan beberapa pasukan di Afrika.

Walaupun pada awalnya dikhabarkan akan bersama sebuah kelab di Kenya, namun Pulau Pinang menjadi destinasi pilihan Trucha sebagai cabaran baharu.

“Pihak kelab percaya kombinasi dan pengalaman kedua-duanya akan memberikan sesuatu yang positif kepada pasukan serta saingan pada musim hadapan,” katanya dipetik menerusi Facebook Penang Football Club.

Beliau akan dibantu oleh Manzoor Azwira Abd Wahid yang akan terus bersama pasukan sebagai Penolong Ketua Jurulatih.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: