Bola Sepak Terkini

Import Jepun bakal perkuat KUFC


Che Abdullah (depan, tengah) bersama Hamada (tiga,kanan) pada majlis di Kuala Lumpur semalam.

KELAB bola sepak Kelantan United (KUFC) akan mendapatkan khidmat dua pemain import dari Jepun bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

Presiden KUFC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata khidmat pemain dari negara matahari terbit itu adalah hasil daripada kerjasama antara kelab berkenaan dan syarikat minuman probiotik, Yakult (M) Sdn Bhd.

“Salah seorang pemain adalah legenda yang pernah beraksi bersama sebuah kelab di Liga Jepun manakala seorang lagi mempunyai pengalaman bermain dengan beberapa pasukan pada saingan Liga M sebelum ini.

“Jalinan kerjasama ini juga membabitkan penajaan persiapan pasukan bagi mengharungi saingan Liga-M 2021,” katanya dipetik menerusi laman rasmi Facebook kelab berkenaan.

Che Abdullah turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah Urusan Yakult Sdn, Bhd Hiroshi Hamada atas tajaan dua pemain Jepun itu dan berharap kerjasama sedemikian dapat diteruskan demi memajukan bola sepak Malaysia khususnya di Kelantan.

“Saya mengharapkan jalinan ini berterusan dalam masa yang lama kerana kita yakin Yakult turut mempunyai impian untuk terus memajukan bola sepak Malaysia terutamanya di negeri Kelantan.
“Ucapan penghargaan dari KUFC kepada pihak Yakult Malaysia terutamanya Pengarah Urusan, Hiroshi Hamada setelah mereka bersetuju membekalkan kita dengan dua pemain dari Jepun dan salah seorang darinya berstatus lagenda di sana,” tegasnya.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading