Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Lazzari gesa rakan bangkit buru kemenangan

Lazzari mahu rakan sepasukan bangkit meraih kemenangan dan melupakan kekalahan dalam saingan liga tempatan. (Photo by Marco Rosi/Getty Images)

SELEPAS tewas mengejut dalam saingan liga domestik , Lazio tekad memburu kemenangan ke atas Borussia Dortmund pada aksi Liga Juara-Juara di Signal Iduna Park awal pagi esok.

Pemain tengah Lazio, Manuel Lazzari menegaskan, mereka tidak boleh mencari sebarang alasan sekiranya tewas buat kali kedua berturut-turut kerana kemenangan ke atas Dortmund akan mencerahkan peluang ke peringkat kalah mati musim ini.

“Kami buntu mencari jalan untuk merobohkan benteng pertahanan Udinese walaupun kami sebenarnya telah bermain dengan baik dalam perlawanan itu. Kegagalan itu menyukarkan kami untuk mencipta peluang jaringan gol.

“Saya tidak mena kan bahawa kami masih kepenatan kerana bermain banyak perlawanan sukar dalam tempoh yang singkat.
Namun, ia bukan alasan kami tidak boleh menewaskan Dortmund selepas ini.

“Kekalahan ini telah menyemarakkan semangat kami untuk bangkit mencipta kemenangan. Kalau kami menang, mungkin kami boleh terus layak ke peringkat kalah mati berdasarkan keputusan satu lagi perlawanan,” katanya.

Untuk rekod, Lazio kini menduduki tangga kedua dengan lapan mata, ketinggalan satu di belakang pendahulu Kumpulan F, Borussia Dortmund.

Kekalahan 1-3 kepada Udinese pada aksi Serie A di Stadio Olimpico, Sabtu lalu telah meleburkan rekod bersih Lazio yang berjaya merekodkan lapan perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan musim ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: