Bola Sepak Semasa Terkini

Bukti kewibawaan jurulatih tempatan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

K Rajagobal membuktikan kualiti dan peranan jurulatih tempatan turut mendapat tempat apabila dilantik mengendalikan skuad kebangsaan Brunei.

 

PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan menyifatkan perlantikan bekas pengendali skuad negara Datuk K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Brunei membuktikan kewibawaan dan kelebihan dimiliki jurulatih tempatan.

Katanya, kita perlu berbangga kerana seorang jurulatih dari Malaysia dilantik dan mendapat kepercayaan di peringkat antarabangsa.

“Ini akan membuka mata ramai pihak di luar sana bahawa jurulatih tempatan memiliki daya tarikan dan masih laku. Sebagai presiden PJBM saya mengalu-alukan pelantikan beliau dan harap beliau dapat berikan yang terbaik. Kita semua yakin beliau (Rajagobal) boleh bawa Brunei ke satu tahap berbeza,” ujarnya.

Tatkala pasukan Liga Malaysia (Liga-M) kini lebih cenderung mengambil jurulatih asing membimbing pasukan perkembangan ini  membanggakan itu memperlihatkan keyakinan serta kepercayaan pihak luar terhadap kemampuan dan kualiti dimiliki jurulatih tempatan

Rajagobal mengesahkan menerima tawaran sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Brunei dengan kontrak dua tahun berkuat kuasa Januari 2021.

Pasukan Brunei kini menduduki ranking ke-191 dunia dan dijadual beraksi pada pusingan kelayakan dalam usaha membuat penampilan sulung pada kempen Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2021 yang dijadual bermula April.

Rajagobal merupakan individu bertanggungjawab membawa Malaysia muncul juara Kejuaraan AFF buat julung kali pada 2010 selain turut membimbing skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan mengakhiri kemarau 20 tahun meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Di peringkat kelab, beliau yang memiliki pengalaman 30 tahun selaku jurulatih pernah menabur bakti bersama beberapa pasukan utama antaranya PKNS FC, Selangor, Kelantan dan Sarawak sebelum kembali membimbing PKNS FC dari 2017-2019.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: