Antarabangsa Bola Sepak

City, Porto ke Pusingan 16


Jaringan Jesus dibatalkan VAR.

KELAB Inggeris, Manchester City serta wakil Portugal, Porto mara ke Pusingan 16 Liga Juara-Juara musim ini.

Perlawanan yang berlangsung di Estadio do Dragao itu berkesudahan seri 1-1.

Perlawanan didominasi City namun ketangkasan penjaga gawang Porto, Agustin Marchesin memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

City sepatutnya memenangi kemenangan saat akhir tetapi jaringan penghujung permainan Gabriel Jesus dinafikan VAR

“Kami akan menebus kekecewaan musim lalu di mana City tersingkir di peringkat suku akhir di tangan Lyon,” kata Pep Guardiola selepas perlawanan dipetik AFP.

Untuk rekod, The Citizens belum pernah memenangi kejuaraan tertinggi Eropah itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading