Antarabangsa Bola Sepak

Rahsia Shakhtar Donetsk kalahkan Real Madrid


Manor ledak gol kedua Shakhtar Donetsk.

SHAKHTAR Donetsk seakan menjadi nadi buat pasukan gergasi Liga Sepanyol, Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara.

Pada aksi di Kiev, Shakhtar menewaskan Real 2-0 menerusi gol Dentinho dan Manor Solomon.

Kekalahan itu adalah yang kedua ditelan Madrid di Liga Juara-Juara musim ini.

Menariknya, kedua-duanya dilakukan oleh Shakhtar Donetsk!

“Tidak ada rahsia dalam bola sepak,” kata pengendali Shakhtar Donetsk, Luis Castro kepada UEFA.

“Kami menerapkan strategi yang sama. Kami tahu Madrid akan mencari kemenangan dan kami ingin menghentikan mereka dari awal, menutup kawasan dan menguasai pertarungan di udara,” katanya lagi.

Real Madrid juga kalah 2-3 kepada lawan sama pada akhir November lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: