Antarabangsa Motorsport

Morbidelli pencabar sukar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Morbidelli dan Rossi dalam satu pasukan MotoGP 2021.

VALENTINO Rossi menilai bahawa Franco Morbidelli adalah pelumba terbaik di MotoGP musim ini dan bakal menyukarkannya pada musim depan.

Rossi secara rasmi meninggalkan pasukan Yamaha setelah lebih kurang 15 tahun menjalin kerjasama.

The Doctor mula bergabung dengan Yamaha pada 2004 dan sempat mewakili Ducati pada 2011-2012.

Namun, pada 2013, Rossi kembali ke Yamaha dan terus memperkuat pasukan asal Jepalun itu hingga akhir musim MotoGP 2020.

Selama bersama Yamaha, Rossi meraih empat daripada tujuh gelar juara dunia di kelas utama MotoGP.

Mulai musim depan, Rossi akan menjadi sebahagian daripada pasukan satelit Petronas Yamaha SRT.

Posisinya di Monster Energy akan diisi oleh Fabio Quartararo.

Di Petronas Yamaha SRT , Rossi akan bergandingan dengan anak didiknya, Franco Morbidelli.

Meskipun berstatus sebagai guru, Rossi menilai bahawa Morbidelli boleh menyulitkannya musim depan.

Pada mata Rossi, Morbidelli adalah pelumba paling bagus di MotoGP saat ini, walaupun tidak bergelar juara dunia musim lalu.

“Cerita dengan Franco tidak habis kerana kami telah membantunya sejak dia masih kecil.

“Berada dalam satu pasukan bersama MotoGP tahun depan adalah sesuatu yang tidak pernah saya duga.

“Masalahnya adalah saya fikir dia adalah penunggang paling bagus di MotoGP untuk saat ini sehingga tahun depan pasti akan sukar,” kata Rossi dipetik dari GPOne.

Musim ini, Rossi menamatkan MotoGP 2020 dengan berada di kedudukan ke-15 keseluruhan.

Sementara itu, Morbidelli berada posisi naib juara di bawah juara dunia Joan Mir (Suzuki Ecstar).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: