Antarabangsa Bola Sepak

Spurs makan besar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Spurs merakamkan kemenangan besar 4-0 di gelanggang sendiri.

TOTTENHAM Hotspur mencatatkan kemenangan besar ke atas Ludogorets pada kempen Liga Europa, awal pagi tadi.

Tottenham menang 4-0, dengan dua gol telah disumbangkan oleh Carlos Vinicius.

Jose Mourinho melakukan banyak pertukaran pemain apabila Harry Kane dan Son Heung-min direhatkan, sementara Joe Hart mendapat kesempatan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Tampil dominan, Tottenham sudah unggul 2-0 di babak pertama. Dua gol tuan rumah di ledak Carlos Vinicius.

Masih menguasai permainan di separuh masa kedua, Tottenham menambah dua gol lagi. Gol dari Harry Winks dan Lucas Moura memantapkan kemenangan The Lilywhites.

Dengan kemenangan ini, Tottenham kini mengumpulkan sembilan mata dari empat perlawanan dalam Kumpulan J.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: