Bola Sepak Semasa Terkini

Kapten Uitm FC terus kekal

Nirennold tetap setia bersama Uitm FC walaupun dikhabarkan dirisik beberapa pasukan.

KAPTEN The Lion Troops musim ini, Victor Nirennold terus menabur bakti bersama Uitm FC bagi saingan musim 2021.

Walaupun dikaitkan dengan beberapa pasukan, namun pertahanan kanan dari Perancis ini tetap memilih kekal apabila menandatangani kontrak baharu semalam.

“Victor beraksi cemerlang musim lalu dan berjaya menjaringkan gol kemenangan ketika UiTM menewaskan Terengganu FC 2-1. Dia juga
kapten pasukan,” kata Pegawai Sukan UiTM, Shahrin Ismail dalam satu kenyataan semalam.

Hadir sama dalam majlis menandatangani kontrak tersebut adalah Timbalan Presiden UiTM FC, Dr.Bahrin Othman dan Pengurus Pasukan UiTM FC, Mustaza Ahmad.

Nirennold sebelum ini dikatakan bakal mengikuti jejak empat pemain import, Gustavo dos Santos, Mark Hartmann, Rabih Ataya dan Ousmane Fane meninggalkan skuad UiTM FC kerana menerima tawaran lebih baik.

UiTM FC menghuni tangga keenam dalam saingan Liga Super musim lalu, malah berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia, satu
pencapaian yang cemerlang.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: