Antarabangsa Bola Sepak

Al Ahly juara kelab Afrika

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ah Ahly juara edisi Liga Juara-Juara CAF musim ini.

AL Ahly SC muncul pemenang Liga Juara-JuaraCAF selepas menewaskan Zamalek, 2-1 dalam final di Kaherah, sebentar tadi.

Jaringan penghujung permainan Mohamed Mohamed ‘Afsha’ Magdy memboleh Al Ahly melebarkan rekod kejuaraan kepada sembilan gelaran dan yang pertama sejak tahun 2013.

Pada babak pertama, Amr el Soleya meletakkan Ahly awal di depan sebelum disamakan kedudukan oleh ‘Shikabala’ (Mahmoud Abdelrazek Hassan Fadlala).

Tambah manis, kejayaan itu membolehkan Pitso Mosimane dari Afrika Selatan sebagai jurulatih ketiga selepas Oscar Fullone dan Mahmoud el Gohary – memenangi gelaran Liga Juara-Juara dengan dua kelab.

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: