Antarabangsa Bola Sepak

Punca kematian Maradona disiasat

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kematian Maradona mula disiasat.

KEMATIAN legenda Argentina, Diego Maradona menjadi isu besar dan pihak pendakwa raya negara itu akan memulakan siasatan berhubung kemungkinan disebabkan kecuaian rawatan perubatan.

Malahan, ahli keluarga terdekat Maradona juga sangsi dan curiga punca kematiannya.

Memetik laporan AFP, peguam Maradona, Matias Morla meminta siasatan dilakukan terhadap dakwaannya pihak ambulans mengambil masa lebih setengah jam untuk tiba ke rumah bintang bola sepak itu.

Laporan awal dapati Maradona meninggal dunia ketika dalam tidur pada tengahari Rabu lalu kerana kegagalan paru-paru dan jantung.

Sementara itu, Pejabat pendakwa raya di Buenos Aires sudah membuka kertas siasatan bertajuk ‘Maradona, Diego. Penentuan punca kematian’.

Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun pada Rabu lepas akibat serangan jantung.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: