Bola Sepak Semasa Terkini

Kuching FA intai Nidzam

Nidzam dikhabarkan antara calon mengisi jawatan Ketua Jurulatih Kuching FA musim depan. (Foto : FB Felda United FC)

BEKAS pengendali Felda United, Nidzam Jamil dan bekas pengendali Terengganu FC antara individu yang dikaitkan dengan kekosongan jawatan Ketua Jurulatih Kuching FA bagi menggantikan pengendali dari Jepun, Akira Higashiyama musim depan.

Presiden Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman, mengakui kedua-duannya adalah calon yang sesuai bagi menggantikan pengendali dari Jepun itu.

“Pilihan utama kali adalah mengekalkan khidmat Akira sebagai pengendali pasukan dan selepas berbincang sekaligus pihak pengurusan akur dengan Akira yang mahu meninggalkan pasukan,” katanya.

“Kami sedang melihat kepada calon yang telah tersenarai dan telah berbincang dengan mereka. Kami masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak mereka.

“Kami telah berkerjasama dengan jurulatih Nidzam Jamil sebelum ini, sementara Irfan Bakti merupakan seorang pengendali yang berpengalaman.,” ujarnya kepada Stadium Astro.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: