
UFC mengesahkan pertarungan antara Dustin Poirier dan Conor McGregor akan berlangsung pada 23 Januari 2021.
Perkembangan mengenai acara itu diumumkan menerusi media sosial UFC.
“Pertandingan semula @DustinPoirier menghadapi @TheNotorioisMMA pada 23 Januari. #UFC257,” menurut ciapan akaun Twitter UFC.
McGregor sebenarnya sudah bersara sejak pertengahan tahun lalu. Petarung asal Ireland itu bersara sejak mengalahkan Donald Cerrone dalam pertarungan terakhirnya.
Khabar angin McGregor akan kembali ke gelanggang sudah lama bertebaran. Ia selepas pencabar utamanya, Khabib Nurmagomedov, memutuskan bersara awal.
Difahamkan, aksi melibatkan Poirier dan McGregorn belum lagi ditentukan lokasi, dan pihak penganjur akan segera mengumumkan dalam masa terdekat.
Add Comment