
RUPANYA-RUPANYA ada pemain lain lebih diinginkan oleh pengurus Manchester City, Pep Guardiola.
Bukan Lionel Messi atau Harry Kane yang sering digembar-gemburkan peminat, sebaliknya Jack Grealish.
Menurut Independent, pemain sayap Aston Villa tampil cemerlang dengan ledakan enam gol dan enam umpanan.
Bukan itu sahaja, Grealish juga menjadi bintang dalam skuad kebangsaan England.
Bersama Three Lions, dia sudah bermain sebanyak lima kali, sejak memulakan debutnya pada 8 Ogos 2020, dan melakukan dua umpanan.
Bagaimanapun, citarasa City merekrut Grealish tidak mudah.
Sebabnya, Villa meletakkan harga yang tinggi untuknya, iaitu lebih 100 juta poundsterling !
Add Comment